Saturday, January 3, 2009
USAHAWAN YANG BERJAYA ...ABDUL RAHMAN BIN AUF .
bolehkah aku menjadi seperti beliau..?..
jawapannya : encik khairul kena kerja keras dan bertaqwa , insyaallah akan menuju kejayaan....( ceria macam hadiah ni..)
" BERJUANG , BELAJAR , BERAMAL DAN BERUSAHA HINGGA BERJAYA ATAU MATI MULIA ..."
.....................................................................................
KEZUHUDAN DAN KEWIBAWAAN
ABDUL RAHMAN BIN AUF RHA.
DALAM MENGGERAKKAN EKONOMI UMMAH.
PENGENALAN SOHABI AL JALIL ABDUL RAHMAN BIN AUF RHA
* Abdul Rahman Bin Auf bin Abdul Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayyi Al Quraisyi Az Zuhri.
* Lahir 10 tahun selepas tahun gajah dan membesar sebagai seorang pemuda yang teguh peribadi dan memiliki karismatik yang berkualiti.
* Mendapat pendidikan awal dengan sifat berani, tegas, toleransi, zuhud dan dermawan.
* Ahli ekonomi yang berwibawa dan amanah.
* Antara sepuluh orang sahabat yang dijamin syurga.
* Salah seorang dari Enam anggota mesyuarat untuk memilih khalifah selepas wafatnya Al Farouk rha.
* Wafat pada tahun 31 hijriyyah dalam usia 73 tahun dan di maqamkan di Baqi’
ASAS PERSEDIAAN PERIBADINYA YANG SOLEH.
Fitrah solehah
Bentuk Aqidah
Pertahankan Aqidah
Sebelum Islam
· Menjauhi penyembahan berhala, maksiat dan mungkar.
· Persekitaran hidup dalam keluarga mulia dan bermaruah.
Selepas Islam
· Orang yang kelapan memeluk agama Islam.
· Menyertai program perkaderan di Darul Arqam.
· Melakukan hijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan
akhirnya ke Madinah Al Munawwarah.
· Menyertai semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah
JATI DIRI YANG KENTAL
Abdul Rahman bin Auf telah dipersaudarakan oleh Rasulullah saw dengan Saad Ibnu Rabi’e seorang bangsawan dan jutawan Madinah (Al Ansar). Namun beliau tidak mengambil kesempatan dan peluang untuk memboloti harta kekayaan saudaranya sekalipun beliau mendapat tawaran yang lumayan termasuklah memilih salah seorang daripada isteri saudaranya.
Sebaliknya beliau meminta Saad menunjukkan kepadanya dimanakah pasar dan beliau memulakan perniagaan dipasar tersebut dengan keringat dan semangat berdikari yang gigih.[1]
فقال سعد لأخيه عبد الرحمن بن عوف أَيْ أُخِيَّ ! أنا أكثرُ أهلِ المدينةِ مالاً و عندي بُستانان و لي امرأتان فانظرْ أَيُّ بستانَيَّ أَحَبُّ إليكَ حتى أخرجَ لك عنه و أي امرأتي أرضى عندك حتى أطلّقَها لك.
فقال عبد الرحمن لأخيه الأنصاري: بارك الله لك في أهلك و مالك ...ولكن دُلَّني على السوق... فدلَّه عليه فجَعَلَ يَتَّجِرُ و طَفِقَ يَشْتري و يَبِيْعُ و يَرْبَحُ و يَدَّخِرُ.[2]
BERDIKARI
· Prinsip berdikari yang dimiliki oleh Abdur Rahman bin Auf Rha. Menjadi formula asas kejayaan dan kecemerlangan beliau. Berdikari adalah tanda harga diri individu yang bermaruah dan bebas dari hidup bergantung dengan orang lain. Prinsip inilah juga yang diajar oleh Rasulullah saw. buat semua ummat bagi membina tamadun yang cemerlang.
Sabda Rasulullah saw.:
و عن المقدام بن مَعْدِيكَرِبَ رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ما أكَلَ أحدٌ طعاما قَطُّ خيراً مِن أَنْ يأكلَ مِن عملِ يَدَيْهِ و إنَّ نبيَ اللهِ داودَ عليه السلام كان يأكلُ مِن عملِ يَدِهِ.
Tiada sesuatu makanan yang baik melebihi apa yang dihasilkan dari usahanya sendiri. Nabi Allah Daud makan dari hasil usahanya sendiri.
Riwayat Bukhari
AMANAH
· Kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaannya juga banyak bergantung kepada sifatnya yang amanah, sifat inilah meletakkan beliau sebagai usahawan yang berjaya dan beliau juga antara sahabat yang paling kaya di Madinah.
Rasulullah saw. pernah menyebut:
أنت أمينٌ في أهل السماءِ و أمينٌ في أهل الأرضِ
Engkau adalah yang dipercaya(amanah) dikalangan penghuni langit dan engkau jugalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni bumi.
TAAT
· Peribadinya yang soleh dan taat kepada Allah swt. pula menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjayanya sebagai seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh baginda Rasul saw. dengan sabdanya:
ما قُبِضَ نبيٌّ حتى يُصلِّىَ خَلْفَ رَجُلٍ صالحٍ مِنْ أُمَّتِهِ
Tidak dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang di belakang seorang lelaki yang soleh dari ummatnya.[3]
PENGURUSAN EKONOMI BERORIENTASIKAN KEBAJIKAN.
Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman bin Auf Rha. tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng dari manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur bakti kepada agama, perjuangan dan ummah.
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al Hilyah daripada Az Zuhri katanya:
Abdul Rahman bin Auf telah bersedeqah di zaman Rasulullah saw. setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah swt. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah swt. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya.
DERMAWAN
Sikap inilah (dermawan) yang dicerminkan oleh Al Quranul Karim sebagai sikap orang – orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Surah Ali Imraan. 92
Kikir dan bakhil adalah merupakan sifat tercela yang merosakkan hubungan damai dan harmoni sesama muslim.
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian-kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
Surah Muhammad 38
Sementara tamak haloba pula memusnahkan asas kebajikan malah mendorong permusuhan dan hasad dengki yang membantutkan perkembangan ekonomi ummah.
MEMBELANJAKAN HARTA DEMI KEREDHOAN ILAHI.
Dikeluarkan oleh Ahmad daripada Anas rha. katanya: Tatkala Aisyah rha. berada di dalam rumahnya, beliau telah mendengar satu suara di Madinah. Beliau bertanya “ Apakah yang telah terjadi ? kaum muslimin menjawab: Kafilah Abdul Rahman bin Auf terdiri dari 7 ratus unta.
Maka bergemalah Madinah dengan teriakan suara tersebut. Aisyah rha. berkata aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Aku melihat Abdul Rahman masuk kedalam syurga dengan merangkak. Apabila kata – kata nabi tersebut sampai ke pengetahuan Abdul Rahman bin Auf lalu beliau berkata: Jika aku mampu, aku akan masuk syurga itu dalam keadaan berdiri.
Lalu beliau menyerahkan kesemua unta tersebut di jalan Allah swt.[4]
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitabnya Al Hilyah.
Peristiwa ini jelas mengisyaratkan bahawa Abdul Rahman bin Auf sekalipun dilimpahi harta kekayaan dalam hidupnya tetapi tidak sampai ia menjadi hamba kepada harta, malah juga tidak mampu untuk melalaikan beliau daripada mengingati Allah swt.
Situasi ini menunjukkan beliau menguasai harta bukan harta menguasai beliau. Kedudukkan seperti inilah yang menjadikan seorang usahawan benar – benar merdeka dan bebas dari belenggu fikrah maadiyyah.
BAHAYA FIKRAH MAADIYYAH (FAHAM KEBENDAAN)
Pengidap faham maadiyyah ini sangat merbahaya dan membawa virus yang sangat sukar untuk dirawat. Mereka yang terpengaruh dengan faham maadiyyah hanya memikirkan soal dunia, duit dan hidup semata – mata.
Mereka tidak memikirkan bagaimana dosa, pahala, syurga, neraka dan akhirat. Ini menjadikan mereka petualang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan dan kemewahan dengan tidak memperduli bagaimana cara memperolehinya, samaada cara yang halal atau haram, baik atau buruk, hak atau bathil, adil atau zalim, benar atau bohong, amanah atau khianat.
Apa yang lebih parah, golongan ini akan menjadi cinta dunia dan benci kepada mati. Jika seorang usahawan bersikap seperti ini bukan sahaja tidak mendapat berkat dan rahmat dalam projek atau perniagaan mereka, malah mereka dimurkai oleh Allah swt.
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
Surah Yunus 7 – 8
Renungi ungkapan ulama’ sufi terkenal Abu Sulaiman Ad Darani:[5]
إنْ كانتِ الآخرةُ في القلب جاءت الدنيا تُزاحِمُها فإذا كانتِ الدنيا في القلبِ لم ْتُزاحِمِها الآخرة
لإنَّ الآخرةَ كريمةٌ و الدنيا لئيمةٌ
Jika akhirat memenuhi ruang hati, maka dunia tetap datang mendampinginya, namun tatkala dunia yang memenuhi ruang hati, maka akhirat akan menyisih, kerana sesungguhnya akhirat adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah suatu yang keji.
MATERIAL (KEBENDAAN) MENURUT PERSPEKTIF DEEN ISLAMI
Islam tidak melarang ummatnya mencari harta dan memiliki kekayaan, malah mengajar ummatnya mencari harta dengan kaedah yang betul. Lihat lah bagaimana sahabat karib Baginda Rasul saw. seperti Abdul Rahman bin Auf mencari harta dan memiliki kekayaan.
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya / untung (di dunia dan di akhirat).
Surah Al Jumua’h 10
Kebendaan merupakan sebahagian daripada alat kelengkapan dan berfungsi sebagai alat bantu kekuatan. Justeru itu Islam memberi ruang selesa kepada ummatnya berdikari dan mengusahakan hasil bumi.
Namun begitu, kebendaan yang diusahakan dan kekayaan yang dicita, bukan menjadi prinsip hidup yang mencetus faham kebendaan, segalanya sebagai sarana untuk menjulang syiar Agama Allah swt. bukan sebaliknya, iaitu menjadi hamba kepada benda dan kekayaan.
Kebendaan dan kekayaan diperlukan agar ummat Islam tidak bangsat dan hina di mata dunia, pula dalam masa yang sama, ia tidak sampai membawa ummat Islam keperingkat ego dan bongkak.
Apa yang diajar oleh Islam ialah:
وابتغوا من فضل الله و اذكروا الله كثيرا
لعلكم تفلحون
USAHAWAN YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT. DAN MENANGISI KEMEWAHAN DUNIA
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim didalam kitab Al Hilyah daripada Naufal bin Ilyas Al – Hazili katanya: Abdul Rahman bin Auf rha. sering duduk bersama – sama dengan kami. Beliau adalah sebaik – baik orang apabila duduk bersama – sama dengan kami, suatu hari beliau telah meninggalkan kami dan tidak bersua dengan kami lalu kami pun masuk menemuinya di rumahnya.
Beliau telah kembali ke rumahnya dan mandi, lalu kami menghidangkannya satu dulang roti dan daging. Apabila makanan tersebut dihidangkan dihadapannya, beliau pun menangis.
Kami bertanya kepadanya, Wahai bapa Muhammad, apakah yang menyebabkan kamu menangis ?
Beliau menjawab: Rasulullah saw. telah meninggal dunia dalam keadaan beliau dan ahli keluarga beliau tidak pernah kenyang dengan makanan yang terdiri dari roti gandum.
Aku berpendapat, kita ketinggalan kebelakang dari apa yang lebih baik bagi kita.
(Dikeluarkan oleh Tarmizi dan As Siraj daripada Naufal dan seumpama dengannya sebagaimana dalam Isobah.)
Kezuhudan Abdul Rahman bin Auf rha. ini sangat menyerlah, bukan sahaja melalui peribadi dan aksinya bahkan sikap dan prinsip beliau. Inilah yang menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang amat disenangi oleh penghuni dibumi dan juga penghuni dilangit. Beliau dijamin syurga oleh Baginda Rasul saw.[6]
Bahan rujukan:
صور من حياة الصحابة تأليف الدكتور عبد الرحمن رأفت الباشا
حياة الصحابة للعلامة الشيخ محمد يوسف الكندهلوي
دور القيم و الأخلاق في الإقتصاد: تأليف الشيخ يوسف القرضاوي
Disediakan oleh:
Hj. Nasrudin bin Hassan At Tantawi
Muadzam Shah.
March 2002
[1] Memulakan perniagaannya dengan keju dan minyak samin
[2] صور من حياة الصحابة تأليف الدكتور عبد الرحمن رأفت الباشا
[3] Nabi pernah sembahyang belakang Abdul Rahman bin Auf Rha. dan peristiwa ini berlaku
semasa perang Tabuk sebagaimana yang diriwayatkan dari Al Mughirah bin Syu’bah yang
tersebut dalah kitab Ar Riyaadhun Nadhirah.
[4] أخرج أحمد عن أنس رضى الله عنه قال: بينما عائشة رضى الله عنها في بيتها إذ سمعت صوتا في المدينة فقالت: ما هذا ؟ قالوا: عير لعبد الرحمن ابن عوف قدمت من الشام تحمل كل شيء. قال: و كانت سبع مائة بعير. قال: فارتجت المدينة من الصوت. فقالت عائشة رضى الله عنها: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا. فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف فقال: لئن
استطعت لأدخلنها قائما. فجعلها بأقتابها و أحمالها في سبيل الله.
و أخرجه أبو نعيم في الحلية.
[5] المستخلص من تزكية الأنفس: تأليف الأستاذ سعيد حوى
[6] أبو بكر في الجنة و عمر في الجنة و عثمان في الجنة و علي في الجنة و طلحة في الجنة و الزبير في الجنة و عبد الرحمن بن عوف في الجنة و سعد بن أبي وقاص في الجنة و سعيد بن زيد بن عمرو بن نفيل في الجنة و أبو عبيدة بن الجراح في الجنة.
refer : Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi
sihatcergasceria..& the endovour to achieve more's..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment